SIMPLY UMH TRAVEL & SERVICES SDN BHD

Berkonsepkan “One Stop Centre” bagi pakej umrah dan ziarah,wawasan utama Simply UMH (Simply Umrah) adalah untuk menurunkan harga pakej umrah di pasaran dengan prasarana yang selesa dan selamat. Simply UMH (Simply Umrah) juga menawarkan perkhidmatan bertaraf 5 bintang seperti pernerbangan langsung ke tanah suci, perkhidmatan Jeddah ke Madinah, Katering makanan Malaysia di Mekah dan Madinah, pengangkutan di Arab Saudi dan juga perkhidmatan hotel di Mekah dan Madinah dengan tawaran harga yang amat berpatutan.

INFORMASI KORPORAT

Pada 10 Disember 2014, Simply UMH Travel & Services Sdn. Bhd telah ditubuhkan di Nilai, Negeri Sembilan. Simply UMH Travel & Services Sdn. Bhd. adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan. Simply UMH ( Simply Umrah juga merupakan ahli kepada Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA) dan juga Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA)

 

PERKHIDMATAN TERAS

Industri Umrah dan Haji adalah perkhidmatan teras Syarikat Simply UMH Travel & Services. Penglibatan kami dalam industri ini menjadi satu keutamaan dan setiap kualiti perkhidmatan yang diberi sentiasa diambil berat.

Selari dengan prinsip Memperkasakan Ummah, pihak Syarikat mengambil pendekatan khusus dalam memastikan setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada individu dan korporat adalah pada harga yang terendah dengan kualiti perkhidmatan yang terjamin.

Untuk merealisasikan matlamat ini, pihak Syarikat telah menjalinkan hubungan strategik dan membuat perjanjian kerjasama dengan beberapa pembekal perkhidmatan seperti Penerbangan, Penginapan, Pengangkutan dan juga perkhidmatan Katering.

Perkhidmatan kami dalam industry ini terbahagi kepada dua iaitu;



 

MISI DAN VISI KAMI

Simply UMH (Simply Umrah) adalah untuk membolehkan lebih ramai ummah untuk menunaikan ibadah umrah tanpa kompromi dalam soal perkhidmatan perkhidmatan umrah seperti pengangkutan, peninapan dan makanan. Simply UMH (Simply Umrah) menggalakkan Ummah untuk melakukan dan melaksanakan Umrah serta Haji kerana keutamaan kami adalah terhadap perkhidmatan ini.

Misi utama kami adalah untuk memperluaskan rangkaian ejen untuk mendapatkan “volume” dari semua aspek. Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pelanggan Simply UMH (Simply Umrah) serta memperbanyakkan usaha bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya menepati kehendak setiap pelanggan dan juga sentiasa bersiap sedia dengan sebarang permintaan di masa-masa akan datang.

In Sya Allah dengan izin Allah S.W.T, segala keuntungan yang kami perolehi, akan disalurkan sebagai dana bagi membantu mereka yang memerlukan. Ini merupakan objektif terbesar kami, walaupun kelihatan seperti badan kebajikan, tetapi bagi kami sedikit sebanyak, pelanggan yang menggunakan khidmat kami ini secara tidak langsung juga melakukan kebajikan yang tersirat.

 

CABANG PERKHIDMATAN

PAKEJ UMRAH DAN HAJI

Melalui Simply Umrah, kami mengambil initiative menjadi satu-satunya agensi yang menyediakan Perkhidmatan Umrah dan Haji Premium pada harga terendah kepada para jemaah.Kami juga memberi peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menambah pendapatan melalui program agen dengan berdaftar dan menjadi agen sah kami. Syarikat juga menggalakkan kesedaran menyelusuri dan menghayati keindahan islam dengan menyediakan perkhidmatan melancong ke Negara-negara di mana islam bertapak dan berkembang.

 

PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN

Melalui Simply An-Nur, kami menawarkan khidmat menguruskan penerbangan, penginapan, pengangkutan dan juga katering kepada syarikat syarikat yang menawarkan Pakej Umrah & Haji.Kami juga menawarkan pakej untuk badan kerajaan dan korporat dalam usahasama mempromosi dan menggalakan pekerja-pekerja mereka untuk menunaikan ibadah umrah ataupun haji. Melalui Simply Valet, kami menjalankan perniagaan membekal barangan kelengkapan Umrah dan Haji kepada para peniaga dan juga mengeluarkan pakaian bagi keperluan muslim dan muslimah.

 

KEBAJIKAN

Kami menyediakan satu saluran kepada masyarakat untuk memainkan peranan dalam membantu saudara islam yang dalam kesusahan di luar negara melalui program Simply Qurban.Pihak kami akan menguruskan segala urusan Qurban dan pengagihan daging kepada golongan fakir dan miskin.

 

PENDIDIKAN

Program pendidikan Syoknya Umrah ini adalah berteraskan kesedaran social di mana syarikat mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan pengetahuan berkenaan ibadah umrah dan Haji kepada masyarakat.Pada masa yang sama beberapa program juga dilaksanakan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan ibadah Umrah dan Haji kepada generasi muda di sekolah. Program Mutawif juga akan dilaksanakan sebagai kesinambungan kepada generasi muda yang berminat dalam industri Umrah dan Haji.

HUBUNGI KAMI

Nilai Headquarters:

PT7432, 2nd Floor,
Jalan BBN 1/2F,
Putra Point, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Tel :+606 799 5303 / 5308 / 1796
Fax :+606 799 5306
Email : info@simplyumrah.my

Kuala Lumpur Branch:

B1-16-3A,
SOHO Suites@KLCC,
20 Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur.

Tel :+603 285 73854
Fax :+606 799 5306
Email : info@simplyumrah.my

Kedah Branch:

No 5C, Tingkat 2, Jalan Tengku Maheran 2,
Taman Tengku Maheran,
06000 Bandar Darulaman,
Jitra, Kedah Darul Aman.

Tel :+604 917 0160
Fax :+606 799 5306
Email : info@simplyumrah.my

Kelantan Branch:

Tingkat 1,
Bangunan Masjid Darul Qarar,
Jalan Kubor Maras
15200 Kota Bharu, Kelantan.

Tel :+6013 921 4700
Fax :+606 799 5306
Email : info@simplyumrah.my

Simply Umrah | All Rights Reserved. © 2017