Setelah hampir 12 hari mengerjakan umrah, pastinya anda rindu dengan masakan Malaysia. Teh tarik, roti canai dan nasi lemak macam memanggil-manggil tekak ini.

Jangan risau, anda boleh pergi Hotel Safwa, naik eskalator ke tingkat 3 dan akan jumpa foodcourt di tingkat tersebut.

Cari kedai D’Saji di foodcourt tersebut, disitu ada dijual pelbagai makanan Malaysia. Boleh pekena teh tarik segelas selepas solat Isyak.

WhatsApp WhatsApp us