Buat yang baru pertama kali pergi ke tanah suci kota Mekah untuk mengerjakan umrah, mesti tertanya tanya dimana tempat Miqat bagi jemaah berniat bagi mengerjakan umrah kali kedua. Antara tempat Miqat yang terdekat yang dekat dengan tanah haram ialah Tanaim.

Di Simply Umrah, kami menyediakan dua pakej penerbangan sama ada masuk terus ke Mekah ataupun singgah dahulu ke Madinah. Bagi jemaah yang memilih pakej penerbangan terus ke Mekah, maka tempat Miqat (berniat ihram) mereka adalah ketika telah sampai di kawasan Qarnul Manazil. Manakala bagi jemaah yang memasuki Madinah terlebih dahulu untuk melakukan ziarah baru memasuki kota Mekah, maka tempat miqatnya ialah sama dengan miqat penduduk Madinah yaitu di Bir Ali jika menaiki bas.

Bagi jemaah yang ingin melakukan umrah kali kedua selepas habisnya umrah bimbingan bersama mutawwif, maka jemaah dianjurkan untuk melakukan miqat di Tanaim kerana jaraknya yang dekat dengan masjidil haram. Tambang dari tanah haram ke Tanaim hanya 2 riyal sahaja dengan menaiki bas, namun bagitu jika jemaah merasakan naik bas lama dan tidak selesa kerana ramainya orang maka boleh menaiki teksi dengan kadar caj satu teksi 40-50 riyal untuk empat hingga ke lima orang.

Jadi, Tanaim merupakan tempat yang terbaik untuk melakukan miqat kerana jaraknya yang dekat dan murah, adapun pemilihan pengangkutan awam untuk bergerak kesana adalah mengikut keselesaan jemaah sama ada bas ataupun teksi keduanya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Nak lebih faham? Jom sama sama kita tonton video ringkas dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us