Kalau dah sampai di Mekah memang tak sah lah kalau tak minum air zam zam! Tapi sebelum nak minum kena tahu dulu air yang kita minum itu adalah air zam zam bukan drinking water biasa. Macam mana nak membezakannya ye?

Haa, sebelum itu nak terangkan sikit pasal air zam zam ini. Air zam zam merupakan air telaga bersih yang terletak di dalam masjidil haram, Mekah. Dalam sejarah Islam, telaga air zam zam ditemui oleh Hajar, isteri kedua Nabi Ibrahim a.s. Ketika Siti Hajar berlari-lari daripada bukit Safa ke bukit Marwah untuk mencari telaga air buat anaknya Nabi Ismail a.s, Allah menghantar Jibril untuk mengeluarkan air ditengah-tengah padang pasir, tepatnya di tempat Nabi Ismail menghentak-hentakkan kakinya dan menangis. Maka mengalirlah air zam zam sehingga saat kini.

Di Mekah, air zam zam kebiasaannya disediakan di tong-tong di sekitar kawasan masjidil haram. Memang senang dan mudah nak mencari, tapi kena pastikan juga air yang kita minum itu adalah air zam zam bukan drinking water biasa. Air zam zam disediakan dalam keadaan sejuk dan suam, boleh pilih nak minum yang mana satu.

Alang-alang dah sampai Mekah ini, perbanyakkanlah meminum air zam zam demi meraih keberkatan dan pahala. Seeloknya bagi jemaah untuk bawa botol siap-siap daripada hotel untuk isi air zam zam supaya nanti tidaklah selalu beratur dan berebut dengan jemaah yang lain. Sunnah ketika meminum air zam zam dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, buat jemaah eloklah ketika meminum air zam zam diselitkan juga doa-doa untuk apa yang kita hajati kerana doa ketika meminum air zam zam antara doa yang makbul.

Jom kita tonton video dibawah ini untuk lebih jelas tatacara minum air zam zam.

WhatsApp WhatsApp us