Selain untuk beribadah, perjalanan umrah juga biasanya diisi dengan mengunjungi tempat-tempat bersejarah peninggalan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Tempat-tempat menarik untuk dilawati semestinya yang terletak di dua kota suci umat Islam yaitu Mekah dan Madinah. Antara destinasi unik yang selalu menjadi pilihan jemaah umrah adalah muzium Alamoudi yang terletak dihujung kota Mekah, tepatnya di daerah El-Shimeisi.

Muzium Alamoudi boleh dikatakan sebagai muzium yang unik kerana ia mengajak pengunjung melihat sekilas kehidupan bangsa arab zaman dahulu. Muzium ini berkonsepkan ala-ala istana dan dindingnya berwarna cokelat yang terbuat daripada campuran lumpur dan susu. Rekaan muzium ini memang seakan-akan seperti rumah khas bangsa arab zaman dahulu. Muzium ini memiliki keluasan seluas 2000 meter persegi, dibangun pada zaman Abu Bakar al-Moudi.

Antara koleksi-koleksi yang terdapat didalam muzium ini ialah pakaian-pakaian adat serta perhiasan yang dipakai pada zaman arab kuno. Selain itu juga terdapat pameran pedang-pedang pada zaman kuno yang lumayan berat jika diangkat. Di dalam muzium ini juga terdapat gambar ataupun replika batu Hajar Aswad yang berbetuk 3D, yang mana pengunjung boleh bergambar dengannya seolah-olah seperti sedang mencium batu Hajar Aswad yang sebenar.

Manakala, di bahagian luar muzium pula terdapat pameran peralatan memasak, berburu seperti senapang dan anak panah serta berbagai peralatan untuk melakukan pekerjaan seharian lainnya, antaranya peralatan untuk menimba air pada zaman bangsa arab kuno.

Memang best lah kalau datang ke muzium ini, sebab kita dapat rasakan sekali perasaan kehidupan bangsa arab dahulu. Rugi kalau datang ke Mekah untuk buat umrah tapi tak singgah ke muzium Alamoudi ini.

Nak informasi lebih lagi? Haa apelagi, jom lah sama sama kita layan video PU Amin dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us