Kad pengenalan diri ataupun Identification Card adalah salah satu benda yang penting untuk kita bawa setiap masa ketika melaksanakan umrah. Di Simply Umrah, sudah menjadi kewajiban kami untuk sentiasa memantau dan menjaga kebajikan setiap jemaah ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah, untuk itu bagi setiap jemaah akan diberi sebuah kad pengenalan diri yang dikenali sebagai ID Batch. Apa je ye kelebihan ada ID Batch ini?

ID Batch sangat penting bagi para jemaah. Disamping menjadi salah satu kad pengenalan, ID Batch juga berfungsi sebagai penolong ketika terjadi kecemasan ataupun hal yang tidak dijangka seperti tersesat ataupun pengsan ditengah jalan. Melalui ID Batch, orang awam akan mudah untuk mengenalpasti identiti kita dan ianya akan memudahkan orang ramai untuk berhubung dengan orang yang sepatutnya.

Di Simply Umrah, ID Batch yang diberikan kepada jemaah selain menampilkan nama jemaah, ia juga turut menampilkan nama agensi travel beserta alamat agensi travel tersebut. Untuk itu, jika terjadi apa-apa kecemasan senanglah untuk menghubungi pihak yang terbabit. Jemaah tidak perlu risau dan cemas jika sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini selama mengerjakan ibadah umrah di tanah haramain.

Haa, jom kita tonton video dibawah ini untuk lebih jelas!

WhatsApp WhatsApp us