Tawaf dan saie adalah dua rukun daripada rukun umrah yang wajib untuk jemaah lakukan ketika umrah. Perjalanan untuk melakukan ibadah tawaf dan saie tidaklah semudah yang disangkakan kerana jumlah orang yang melakukannya terlalu ramai sehingga pada suatu saat jika musim umrah tiba boleh jadi teramat sesak. Jadi bila waktu yang terbaik untuk melakukan ibadah tawaf dan saie?

Untuk melakukan ibadah tawaf dan saie dengan keadaan yang lengang dan tidak ramai orang maka pilihlah waktu diantara jam dua sehingga tiga pagi kira kira sebelum masuknya waktu solat subuh kerana pada saat tersebut adalah diantara waktu yang lengang daripada orang ramai.

Sesungguhnya, ibadah umrah boleh dilakukan bila bila pun dalam masa 24 jam sehari, jadi tidak menjadi masalah sekiranya kita ingin melakukan ibadah tawaf serta saie pada jam dua hingga tiga pagi dinihari. Selain daripada peluang melaksanakan ibadah tawaf dan saie dengan cepat dan tak bersesak, kita juga dapat mengawalkan diri untuk datang lebih awal ke masjidil haram persiapan bagi melaksanakan solat subuh secara berjemaah.

Ibadah umrah adalah ibadah dimana pahala kita di lipatkali gandakan ketika membaca al-quran, berzikir, memperbanyakkan amalan sunnah yang lain terlebih jika ianya dilakukan di dalam masjidil haram jadi adalah sangat bagus jika kita manfaatkan peluang untuk bangun lebih awal ini bagi merebut pahala yang lebih. Untuk itu, adalah sangat penting bagi jemaah untuk merancang dengan sebaiknya perjalanan umrah mereka. Wallahu alam.

Masih kurang jelas? mari kita tonton video penerangan Ust Syed Abdul Kadir dibawah ini untuk lebih faham!

WhatsApp WhatsApp us