Buat para jemaah yang mengerjakan umrah bersama-sama dengan suami ataupun isteri masing-masing pasti akan tertanya-tanya, boleh ke melakukan hubungan suami isteri di Tanah Haram baik di Mekah mahupun di Madinah?

Secaranya umumnya, tidak terdapat mana-mana larangan yang mengharamkan hubungan antara suami isteri yang sah ketika berada di Mekah ataupun Madinah, bahkan ianya harus dan diperbolehkan dengan syarat jemaah sudah selesai melakukan tahallul (menggunting rambut) sekiranya jemaah masih dalam berihram dan jika telah selesai proses tahallul maka tidak menjadi masalah mahupun berdosa.

Jika persetubuhan yang dilakukan itu pada saat sebelum selesainya tahallul ataupun dalam erti kata lain, jemaah masih dalam tempoh berihram maka jemaah hendaklah membayar dam (denda) yang telah ditetapkan.

Masih ada keraguan lagi? Jom dengarkan huraian ringkas al-Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us