Alang-alang dah sampai di tanah suci Haramain ini, selain menunaikan umrah, jemaah juga akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah peninggalan zaman Rasulullah S.A.W. Antara tempat yang terkenal ialah Masjid Quba dan Jabal Uhud. Apa yang istimewa sangat ye berkenaan dengan dua tempat ini?

Masjid Quba ialah Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Umat Islam dituntut untuk singgah beribadah didalam masjid ini demi meraih pahala yang besar. Ianya bersesuaian dengan sabda Nabi Muhammad bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya satu pahala umrah.”

Jabal Uhud pula merupakan nama yang tidak asing lagi untuk kita dengar. Dinamakan dengan Jabal uhud kerana disitulah berlakunya peperangan yang pernah terjadi dalam sejarah umat Islam yaitu peperangan Uhud dimana pada masa itu tentera Islam hanya 700 orang muslimin melawan 3000 orang tentera musyrikin. Pada peperangan tersebut, lebih kurang 70 orang sahabat syahid antaranya ialah bapa saudara Nabi Muhammad sendiri iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib.

Nak lebih faham? Jom sama-sama kita telusuri dua tempat bersejarah ini dengan menonton video dibawah!

WhatsApp WhatsApp us