Ibadah umrah adalah suatu ibadah sunah yang dituntut untuk kita melakukannya sekiranya mampu dari segi fizikal, mental dan material. Pun begitu, dalam perlaksanaan melakukan umrah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh jemaah terlebih buat jemaah wanita. Ianya bukanlah bertujuan untuk meletakkan status perempuan sebagai insan yang lemah tetapi lebih kepada penghormatan dan kedudukan wanita itu sendiri disisi Islam.

Antaranya ialah ketika melakukan tawaf, adalah disunnahkan bagi jemaah lelaki ketika tiga tawaf pertama melakukannya dalam keadaan bersegera. Begitu juga halnya dalam melakukan saie, jemaah lelaki digalakkan untuk berlari-lari anak diantara lampu hijau.

Namun begitu, perkara itu tidaklah berlaku bagi kaum wanita. Jemaah wanita boleh berjalan seperti biasa baik ketika melakukan tawaf mahupun saie tanpa perlu berlari-lari dan bersesak-sesak. Jemaah wanita juga tidak digalakkan untuk berebut-rebut mencium hajar aswad sehingga terpaksa merempuh dan bersesak-sesak dengan jemaah yang lain terutamanya jemaah lelaki. Ada masa-masa tertentu yang diperbolehkan serta dikhususkan buat jemaah wanita untuk memasuki Hijr Ismail dan Raudah. Maka bersabarlah.

Jom kita dengarkan apa kata al-Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre berkenaan hal ini!

WhatsApp WhatsApp us