Pemergian jemaah umrah ke tanah haram bagi mengerjakan umrah pastilah niatnya tak lain dan tak bukan adalah untuk beribadah sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya, pahala yang diperolehi apabila beribadah di masjidil haram itu sangatlah besar. Hal ini bersesuaian dengan hadist Baginda Nabi Muhammad S.A.W. yang mafhumnya: “Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1,000 solat di tempat yang lain melainkan Masjidil haram. Dan solat di Masjidil haram lebih baik daripada 100,000 solat di tempat lain. (Riwayat Ahmad)”.

Untuk itu, buat jemaah yang datang mengerjakan umrah, adalah sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah ketika berada dimasjidil haram. Perbanyakkanlah membaca al-quran, berzikir, solat sunat dan amal ibadah lainnya kerana setiap ibadah yang kita lakukan dimasjidil haram akan dilipat kali gandakan bukan hanya seratus bukan pula seribu tetapi seratus ribu kali ganda. Masya Allah!

Justeru itu, Rebutlah peluang keemasan ini ketika berada disana. Janganlah pula jemaah lebih memilih untuk solat di hotel kerana keadaan dan perasaannya tidaklah sama seperti solat di depan Kaabah.

Jom kita tonton video Amira Othman dibawah ini untuk lebih faham!

WhatsApp WhatsApp us