Solat sunat ihram dilakukan sejurus jemaah berniat ihram yaitu letika jemaah berada ditempat miqat. Tak kiralah dimana sahaja tempat jemaah bermiqat sama ada di Bir Ali, Tanaim atau lainnya tempat miqat yang telah ditetapkan maka jemaah boleh mendirikan solat sunat ihram selepas berniat untuk menunaikan umrah. Solat sunat ihram boleh dilakukan sebanyak dua ataupun empat rakaat mengikut kemampuan masing-masing.

Adapun tempat yang ditetapkan untuk melakukan solat sunat ihram ini ialah ditempat jemaah berniat miqat. Maka sebelum jemaah meneruskan perjalanan untuk menunaikan umrah, maka adalah disunatkan bagi jemaah untuk mendirikan solat sunat ihram terlebih dahulu bagi meraih pahala yang besar.

Buat jemaah, janganlah dilepaskan peluang keemasan ini, kerana sesungguhnya setiap amal ibadah yang dilakukan ketika umrah adalah sangat besar ganjarannya disisi Allah S.W.T. Luangkanlah masa dalam jangka masa empat hingga ke lima minit untuk merebut pahala ini. Insya Allah.

WhatsApp WhatsApp us