Buat jemaah umrah yang nak beli cenderahati untuk dibawa balik ke tanah air, boleh singgah dikedai souvenir yang berada sekitar 200-300 meter di area belakang masjidil haram.

Apa yang menariknya di kedai-kedai ini, harga yang ditawarkan sangat murah dengan harga serendah dua riyal sahaja untuk satu barang dengan kualiti yang boleh tahan dan tidak mengecewakan. Untuk jemaah yang dah lari daripada bajet yang ditetapkan ataupun mana-mana jemaah yang nak berbelanja dengan harga yang minimum sesuai sangatlah untuk singgah dikedai ini. Bermula dengan makanan, pakaian, sejadah, perlengkapan solat seperti tasbih, wah semua ada! dijamin rambang mata memilih!

Jadi, jika dah selesai melakukan ibadah umrah di Mekah nanti, jangan lupa untuk singgah dikedai-kedai souvenir itu nanti ya! Rugi kalau tak singgah!

Haa, nak tahu macam mana rupa dan keadaan kedai-kedai itu bolehlah tengok video dibawah ini! Gerenti nak singgah punya!

WhatsApp WhatsApp us