Madain Saleh adalah merupakan salah satu tempat bersejarah peninggalan Nabi Saleh a.s. bersama kaumnya, yakni kaum tsamud. Dinamakan dengan Madain Saleh kerana ianya merupakan tempat perkampungan kaum tsamud yang ingkar terhadap suruhan Allah suatu ketika dahulu. Tak semua agensi umrah menawarkan pakej ziarah ke tempat ini, tetapi jika sekiranya terdapat permintaan tinggi daripada jemaah, maka akan dipertimbangkan.   

Di Madain Saleh, terdapat bangunan-bangunan bersejarah yang dihiasi dengan ukiran-ukiran yang unik. Pada tahun 2008, UNESCO’s World Heritage Committee (WHC) bersetuju menyenaraikan Madain Saleh dalam World Heritage List (WHL). Oleh itu, Madain Saleh telah menjadi tapak arkeologi pertama di Arab Saudi yang disenaraikan dalam WHL.

Menjejakkan kaki ditanah ini, seketika ianya mengimbas kembali sejarah silam sirah Nabi Saleh bersama kaum beliau yakni kaum tsamud. Kaum tsamud adalah kaum yang ingkar dengan suruhan Allah dan rasulnya. Ketika mana mereka diperintahkan untuk tidak menyembelih unta betina yang diamanahkan terhadap mereka, tetapi sebaliknya mereka ingkar akan suruhan Allah. Dek kerana keingkaran mereka itu, Allah telah menurunkan azab ke atas kaum tersebut sehingga hancurlah mereka semuanya.

Adab menziarahi tempat ini adalah tidak terlalu bersuka ria malah dianjurkan bagi jemaah untuk mengambil iktibar dan pelajaran atas peristiwa yang menimpa umat terdahulu itu. Menziarahi tempat yang diturunkan bala oleh Allah hendaklah dihiasi dengan tazkirah-tazkirah ringkas serta nasihat sebagai peringatan buat diri sendiri tentang pedihnya balasan mengingkari suruhan Allah S.W.T.

Semoga kita semua termasuk diantara mereka yang selalu mengingati Allah dan ikut ajaran rasul-Nya.

Jom tonton video ringkas dibawah tentang perjalanan Amira Othman ke Madain Saleh!

WhatsApp WhatsApp us