Jabal Rahmah terkenal sebagai salah satu tempat berdoa yang mustajab ketika melaksanakan ibadah umrah mahupun haji. Jabal Rahmah terletak di kawasan Arafah. Ia merupakan tempat dan saksi atas banyak perkara-perkara penting yang terjadi dalam sejarah Islam. Antaranya, ia menjadi tempat berkumpul kembali Nabi Adam a.s bersama Hawa setelah beratus tahun lamanya terpisah sejak mereka diturunkan ke atas bumi atas dosa mereka yang ingkar terhadap suruhan Allah S.W.T.

Jabal Rahmah dikatakan sebagai salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa, terutamanya doa memohon jodoh. Sebab itulah, ramai daripada para jemaah yang datang ke sini tak akan melepaskan peluang untuk berdoa bagi jodoh mereka ataupun berdoa bagi pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka.

Sebenarnya, Jabal Rahmah tidak semestinya tertumpu pada doa untuk memohon jodoh sahaja bahkan ianya lebih dari itu. Jemaah dianjurkan berdoa untuk semua perkara tentang kehidupan seperti pengampunan dosa, doa zuriat yang baik, doa diberi kecekalan iman dan hati dan pelbagai bentuk doa lainnya. Ingat, hidup ini tak hanya tertumpu pada perihal jodoh sahaja, tetapi juga pada amalan dan ibadah yang kita lakukan sepanjang hiduplah yang menentukan kebaikan hidup didunia dan akhirat nanti.

Ringkasnya, buat jemaah yang singgah di Jabal Rahmah, perbanyakkanlah berdoa segala perkara yang baik-baik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Disamping berdoa, jemaah juga boleh memperbanyakkan amalan sunnah yang lain seperti memperbanyakkan zikrullah. Insya Allah, besar ganjaran pahala yang menanti.

Nak lebih faham? Jom dengarkan penjelasan PU Amin dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us