Tawaf Wida dikenali juga sebagai tawaf perpisahan ataupun tawaf selamat tinggal. Mengapa ianya dinamakan sedemikan?

Tawaf Wida dilakukan oleh jemaah yang ingin meninggalkan kota suci Mekah al-Mukarramah. Dalam erti kata lain, ianya ialah tawaf terakhir yang dilakukan oleh jemaah yang sudah sempurna melakukan ibadah umrah dan haji dalam maksud untuk memberikan penghormatan yang terakhir sebelum mereka bergerak meninggalkan tanah suci tersebut.

Adapun mengenai hukum melakukan tawaf wida, ulama berbeza pendapat dalam penetapan hukumnya. Pada mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali, wajib hukumnya melakukan tawaf wida dan bagi sesiapa yang ingin meninggalkan kota Mekah. Sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja tanpa ada keuzuran maka dia hendaklah membayar dam (denda). Tetapi, bagi mazhab Maliki pula hukum tawaf wida ialah sunnah, maka melakukannya dapat pahala dan tidak melakukannya tidak pula dapat dosa.

Ringkasnya, adalah seeloknya buat para jemaah yang hendak meninggalkan kota Mekah buat tawaf wida ini terlebih dahulu, kerana peluang untuk melakukan umrah dan haji tidak selalu datang, untuk itu tiada salahnya jemaah melakukan ibadah umrah dan haji ini dengan sesempurna mungkin demi meraih pahala yang besar disisi Allah S.W.T.

Jom kita dengarkan penjelasan ringkas PU Amin dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us