Dalam beberapa kes kecil, terdapat juga perkara yang jarang berlaku tapi ianya tak mustahil terjadi ketika melakukan umrah seperti keluarnya air mani disebabkan mimpi basah. Apakah hukum jika jemaah mengalami mimpi basah? Sah kah ibadah umrah jemaah?

Bagi jemaah yang mengalami mimpi basah ketika mengerjakan umrah, tidak sah baginya solat, tawaf mahupun saie jika sekiranya jemaah tidak mandi wajib terlebih dahulu dalam erti kata lain jemaah masih dalam keadaan junub. Untuk melakukan rukun-rukun umrah, dalam kes jika jemaah mimpi basah ataupun keluar air mani maka jemaah perlu memastikan untuk mandi wajib terlebih dahulu walaupun masih dalam keadaan ihram.

Jika berlakunya mimpi basah, jemaah tidak perlu panik dan risau sebaliknya apa yang jemaah perlu lakukan adalah bertenang dan ketika kembali ke bilik hotel cukup dengan hanya mandi wajib dan bersihkan kain ihram tersebut. Selepas selesai membersihkan diri dan kain ihram, jemaah boleh kembali sambung mengerjakan umrah dengan tawaf, saie dan bertahallul. Ingat, mimpi basah atau keluar air mani tidak membatalkan ihram dan tidak perlu membayar dam (denda).

Masih ragu lagi? Haa jom dengarkan huraian al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre di video bawah ini!

WhatsApp WhatsApp us