Bila dah sampai di Masjidil haram rebutlah peluang itu untuk memperbanyakkan amal ibadah sebanyak mungkin. Buat para jemaah, selepas selesai mengerjakan solat fardhu, jangan pula terkejar-kejar untuk meninggalkan masjid semata untuk pergi bershopping atau berziarah. Bukan tak boleh, cuma ada masa-masa yang telah ditetapkan untuk berziarah, berbelanja dan beribadah! Jemaah kena pandai bahagikan masa!

Di Masjidil haram, kebiasaannya selepas selesai solat fardhu, kebanyakannya jemaah akan segera bangkit dan mengerjakan ibadah sunnah lainnya seperti solat sunat dan sebagainya. Pada masa inilah segala amal ibadah sunnah yang dilakukan akan dilipatkali gandakan oleh Allah. Disamping itu, terdapat banyak lagi ibadah sunnah lain yang dapat jemaah lakukan selain solat fardhu. Antaranya dengan duduk memperbanyakkan berzikir, membaca al-Quran di dalam Masjidil haram. Semuanya ini akan mendatangkan pahala, kebaikan dan manfaat serta sekaligus melonjakkan rasa cinta dan ketaqwaan seorang hamba pada penciptanya.

Jadi, dah sampai ditanah haram jangan pula lepaskan peluang ini. Pergi umrah bukan selalu, maka kenalah jadi jemaah yang bijak! InsyaAllah.

Jom dengarkan penjelasan PU Amin dibawah ini tentang amalan apa yang bagus diamalkan sepanjang berada ditanah suci!

WhatsApp WhatsApp us