Kaabah adalah kiblat utama umat Islam. Indahnya Islam, cukup dengan hanya memandang Kaabah sahaja pun sudah diberikan pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Sebab itu, adalah digalakkan bagi jemaah baik yang mengerjakan haji mahupun umrah, jika sudah tiba ditanah suci, rebutlah peluang untuk meraih pahala melihat Kaabah. Tetapi, menjadi persoalan adakah solat di masjidil haram juga digalakkan untuk menghalakan mata melihat Kaabah demi meraih pahala yang disebut-sebut? Lalu apakah hukumnya?

Ulama berbeza pendapat dalam menanggapi hal ini. Dalam kitab Fath Al-Bari, Ibn Hajar, Kebanyakan ulama berpandangan bahawa disunatkan untuk seseorang yang solat itu menghadapkan pandangan mereka ke tempat sujud. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar yang menukilkan kenyataan Muhammad Ibn Sirin yang berkata: ‘’Mereka dahulu (para sahabat) berpaling-paling dalam solat mereka sehinggalah turunnya firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Telah berjayalah golongan yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyu’ di dalam solat mereka”, (Surah Al-Mu’minuun 1-2). Maka mereka (para sahabat) pun beralih semula ke arah solat mereka (iaitu solat dengan tekun) dan melihat ke arah hadapan mereka. Dan mereka menggalakkan untuk salah seorang mereka tidak melepasi pandangan mereka dari tempat sujud mereka.

Ringkasnya, makruh hukumnya bagi seseorang itu jika tidak memandang kearah tempat sujudnya semasa solat. Dalam erti kata lain, dia memandang ke kiri dan ke kanan, atau dia mengangkat pandangannya ke atas. Kerana hal sebegini adalah amat berjauhan dengan konsep solat yang memerlukan seseorang itu untuk khusyuk, khudu’ (tunduk), serta tekun. Manakala disunatkan untuk mereka yang solat menundukkan pandangan mereka menghadap ke tempat sujud.

Begitu juga halnya jika berada di Mekah. Jika semasa solat jemaah menghalakan mata ke arah Kaabah, tapi tidak dapat khusyuk dek keadaan disekeliling Kaabah yang penuh dengan ribuan manusia, maka tidak perlulah berbuat demikian, cukuplah dengan hanya memandang ke tempat sujud. Itu yang terbaik. Wallahualam.

Jom dengarkan huraian PU Amin berkaitan hal ini dalam video dibawah!

WhatsApp WhatsApp us