Di Mekah, memang tak sah kalau jemaah tak singgah dan cuba menu utama dan special iaitu Nasi Unta tepatnya di restoran yang bernama Restoran Hasyi. Restoran ini terletak kira-kira 7-8 km jaraknya dari Masjidil haram. Kalau hendak kesana, cukup dengan hanya menaiki teksi dan tambang yang dikenakan sekitar 20-25 riyal untuk satu kereta.

Nasi Unta di restoran ini memang sangat popular. Rasanya yang sangat kaw. Daging untanya yang lembut dan sedap, pehh memang terangkat! Mana tak sedapnya, beras briyani yang digunakan adalah yang diimport khas daripada India dan dimakan bersama isi daging unta yang lembut dan beraroma, memang superb! Harga yang ditawarkan tidaklah terlalu mahal, sekitar 50-60 riyal untuk sepinggan siap dengan minuman dan boleh dimakan seramai 2-3 orang sepinggan. Memang besar portionnya!

Jadi, buat para jemaah jangan lepaskan peluang ini! Layan dan makan puas-puas semasa disana. Maklum lah nak cari unta di Malaysia susah, kambing dengan lembu banyaklah.

Nak tahu macam mana kelazatan Nasi Unta? Jom kita layan video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us