Masjid Nabawi terletak di Madinah, dan ia merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Masjid Nabawi merupakan masjid yang kedua terbesar didunia selepas Masjidil Haram yang terletak di Mekah. Saban tahun, ia menjadi tempat singgahan wajib buat jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji mahupun umrah. Selain untuk beribadah, kebanyakan jemaah juga menggunakan peluang ini untuk menziarahi makam Nabi Muhammad dan para sahabat.

Disamping itu, tak hanya keindahan masjidnya sahaja yang terkenal, masjid Nabawi juga memiliki puluhan payung-payung gergasi yang menjadi mercu utama masjid tersebut. Payung-payung gergasi ini sangat unik dan cantik. Payung-payung gergasi ini dibangun atas kerjasama kerajaan Saudi Arabia dengan syarikat pembinaan terbesar di negara itu yang bernama Saudi Binladin Group yang mana turut bekerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara iaitu Jerman dan Jepun.

Apa yang uniknya dengan payung-payung gergasi ini ialah payung-payung ini akan terbuka dan tertutup secara automatik mengikut kadar suhu disekitar masjid tersebut. Jika suhu panas, maka payung akan terbuka namun sebaliknya jika suhu sejuk payung akan tertutup. Jadi, kalau datang musim sejuk, memang tak akan bukalah payung-payung ini.

Dah alang-alang singgah di Masjid Nabawi nanti, jangan lupa untuk merakam detik memori indah bersama payung-payung gergasi tersebut. Pasti menggamit kenangan!

Jom lihat video Amira Othman dibawah ini yang teruja dengan keindahan payung-payung di Masjid Nabawi!

WhatsApp WhatsApp us