Seiring peredaran teknologi yang kian pesat, ibadah umrah pun menjadi semakin mudah dan modern. Tetapi, buat jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah jangan jadikan ianya pula sebagai suatu perkara yang mudah dan dibuat sambil lewa.

Antara contoh yang banyak terlihat ketika berada di Mekah adalah dimana terdapat keadaan jemaah yang bersahaja mengangkat telefon atau bermain telefon ketika sedang melaksanakan ibadah umrah seperti ibadah tawaf. Perkara itu seharusnya tidak berlaku kerana ibadah umrah seharusnya dilakukan dengn penuh penghayatan dengan rasa yang penuh khusyuk dn tawadhu’ sebagai bukti tanda cinta dan kasih seorang hamba pada penciptanya. Bagi jemaah, seboleh mungkin digalakkan untuk meninggalkan dulu hal-hal yang tidak berkaitan jika tiada keperluan. Sudahlah datang jauh beribu batu, takkanlah masa yang terhad itu juga tidak digunakan dengan sebaiknya untuk beribadah, pastilah sangat merugi.

Pergunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya. Manfaatkanlah segala bentuk kemudahan yang tersedia sebagai pemudah jalan bagi menyempurnakan ibadah umrah kepada Allah Azza Wajalla.

Ingat, bukan tidak boleh, tetapi berpada-pada. Umrah bukan lama sangat pun, nanti dah selesai dengan sempurna ibadah umrah, haa masa itu boleh lah sambung kembali kegiatan seperti sediakala. Wallahualam.

Mari dengarkan ulasan video dibawah oleh Ust Syed Abdul Kadir al-Joofre berkaitan hal ini.

 

WhatsApp WhatsApp us