Dah menjadi kebiasaan masyarakat yang pergi umrah ataupun haji pasti akan bawa balik air zam zam sebagai cenderahati buat keluarga dan rakan taulan. Simply Umrah menyediakan 5 liter air zam zam bagi setiap jemaah untuk dibawa pulang ke tanah air. Tapi, kalau nak juga bawa air zam zam lebih, ada cara dan tipsnya!

Haa, antara tips yang boleh jemaah guna pakai ketika berada disana ialah setiap kali jemaah datang ke tangki air zam zam untuk minum air zam zam tersebut, jemaah boleh isikan sekali air zam zam ke dalam botol air mineral yang terpakai ataupun mana-mana botol air kepunyaan jemaah. Setiap kali datang ke Masjidil haram untuk solat, sebelum itu boleh isi botol air terlebih dahulu dengan air zam zam. Kalau setiap kali solat dapat isi satu hingga dua botol juga sudah memadai. Jemaah tak perlu risau dan takut jika sekiranya segala botol air tersebut akan dirampas pada saat menaiki pesawat nanti sebab undang undang di lapangan terbang Saudi tak sama seperti lapangan terbang negara lain, jadi tak perlu risau botol-botol air zam zam anda akan dirampas.

Jadi, dah sampai kat sana jangan lupa amalkan tips ini! Semoga bermanfaat.

Masih kurang jelas? Jomlah tengok video Amira Othman dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us