Antara perkara yang dilarang bagi jemaah ketika sedang berada dalam keadaan ihram ialah memakai wangi-wangian. Contoh wangi-wangian yang tidak dibenarkan ialah memakai minyak wangi ataupun perfume, yang menjadi persoalan ialah adakah menggunakan sabun ataupun tisu basah yang memiliki aroma wangian juga dikira membatalkan ihram seseorang dan perlu membayar dam?

Adapun dalam menanggapi hal ini, ulama telah berbeza pendapat. Pada mazhab Syafie dan Hanbali, boleh mandi dengan menggunakan sabun bagi seseorang yang sedang berada dalam ihram, manakala di mazhab Maliki, boleh mandi tetapi hanya dengan tujuan untuk menyejukkan badan bukan untuk membersihkan dan pada pandangan mazhab Hanafi pula tidak diperbolehkan mandi menggunakan sabun dan jika dilakukan maka ia termasuk pada perkara yang membatalkan ihram seseorang.

Titik perbezaan pendapat di atas ialah apakah sabun dikategorikan sebagai wangi-wangian ataupun bukan. Adakah orang yang mandi dengan sabun dikategorikan sebagai memakai wangi-wangian ataupun tidak. Dalam pandangan Madzhab Syafie dan Hanbali, sabun tidaklah termasuk didalam kategori wangi-wangian. Maka orang yang mandi dengan sabun tidak dinamakan orang yang memakai wangi-wangian. Oleh itu, orang yang sedang dalam ihram boleh mandi dengan sabun.

Begitu juga halnya dengan hukum menggunakan tisu basah yang mana tisu tersebut memiliki bau aroma wangi dan digunakan untuk mengelap tangan, contohnya tangan berminyak selepas makan dan pada masa yang sama jemaah masih dalam keadaan ihram maka, itu tidak mengapa dan diharuskan kerana ia digunakan untuk tujuan kebersihan dan bukan untuk tujuan mewangikan ihram tersebut. Wallahualam.

Nak lebih faham? jom dengarkan penjelasan PU Amin di video bawah ini.

WhatsApp WhatsApp us