Panasnya suhu di Mekah bukanlah perkara yang biasa bagi penduduk dan kebanyakan jemaah yang datang menunaikan ibadah suci di kota tersebut. Dengan keadaan suhu yang panas ini, pastinya minuman sejuk menjadi pilihan hati untuk menghilangkan serta menyejukkan kerongkongan yang kering.

Selain minuman jus yang menjadi pilihan ramai, terdapat juga sebuah kedai air minuman yang popular dan menjadi pilihan kebanyakan jemaah semasa berada di tanah suci kota Mekah tersebut. Kedai minuman yang dimaksudkan ialah kedai air tebu yang berada 300 meter jaraknya daripada hotel Hilton. Air tebu dari kedai ini memang sedap, manis, sejuk dengan warnanya yang unik lain daripada yang terdapat di Malaysia. Pendek kata, kalau pekena sekali memang terasa nak tambah lagi. Memang sedap dan berbaloi!

Jadi, buat jemaah yang nak rasakan kelainan bila minum air tebu boleh singgah kedai itu dan rasakan sendiri kelazatan tebu Mekah. Dijamin tak rugi!

Jom tengok video Zukie dibawah ini, berselera sungguh nampaknya bila dapat segelas besar air tebu!

 

WhatsApp WhatsApp us