Dalam kebanyakan kes semasa jemaah mengerjakan ibadah umrah, hal terkentut semasa tawaf biasa juga berlaku. Jika semasa tawaf jemaah tiba-tiba terkentut, apa yang jemaah perlu lakukan? Nak patah balik ke bilik air untuk ambil wudhu, bilik air jauh, nak balik ke hotel lagilah jauh, nak bergerak sendiri takut terpisah dengan jemaah satu agensi, suatu masalah pula lagi nanti kalau tak jumpa jemaah satu agensi yang lain, jadi macam mana?

Antara tips yang boleh kami kongsikan ialah yang pertama, jemaah sesama jemaah yang lain hendaklah menetapkan suatu tempat checkpoint, yang mana tempat checkpoint ini berguna jika jemaah tiba-tiba terpaksa keluar daripada kumpulan, maka mudahlah nanti untuk cari dan berkumpul semula bersama jemaah yang lain. Maka dari itu, tiadalah timbul masalah sesat, tak jumpa tempat dan sebagainya.

Keduanya, penting bagi jemaah umrah untuk membawa spray kecil yang berisikan air yang suci yang mana spray ini sangat berguna pada saat-saat kecemasan seperti terbatalnya wudhu semasa tawaf ataupun saie maka dengan menggunakan spray ini jemaah boleh gunakan air didalamnya untuk berwudhu. Tapi ingat, cukup sekadar menyapu dan membasahkan anggota wudhu yang wajib sahaja.

Jadi, jemaah tak perlu gelabah dan risau kalau-kalau semasa mengerjakan tawaf ataupun saie kemudian terkentut, sila bertenang dan segera keluarkan spray dan terus ambil wudhu yang baru.

Haa, jom dengarkan ulasan al Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre berkaitan perkara ini di video bawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us