Bagi jemaah lelaki yang mengerjakan umrah, semasa dalam ihram adalah dilarang untuk memakai pakaian seperti stoking ataupun kasut yang menutup terus kakinya sehingga tertutup habis bahagian jari-jari hadapan kaki. Perkara ini adalah dilarang dan termasuk dalam pantang larang semasa berihram dan sekiranya jemaah terlupa atau tidak sedar, maka ketika sudah sedar terus cepat-cepat cabut dan tanggalkan.

Namun begitu, pemakaian selipar ataupun sandal seperti crocs ataupun capal sama ada yang terbuat daripada kulit ataupun tidak, selagi mana bahagian depannya terbuka dan tak menutupi jari-jari hadapan kaki maka ianya diperbolehkan untuk dipakai selama ihram. Apa yang penting ialah tidak boleh menutupi keseluruhan bahagian kaki terutama bahagian hadapan jari-jari kaki.

Sementara itu, bagi jemaah wanita pula tiada masalah dalam hal ini.  Ikutlah jika jemaah wanita nak balut ataupun nak tutup secara keseluruhan bahagian kaki terutama dibahagian jari-jari hadapan, tidak menjadi masalah. Pakailah kasut ataupun stoking, maka ianya diperbolehkan bahkan sangat digalakkan kerana tuntutan menutup aurat (termasuk kaki) adalah wajib bagi wanita dalam Islam.

Ringkasnya, sempurnakanlah ibadah umrah ini dengan sebaik-baik mungkin berpandukan pada jalan yang jemaah selesa sepanjang melakukannya. Mana yang jemaah rasa selesa dan mudah, selagi mana tidak bertentangan dengan pantang larang ihram, maka ianya diharuskan. Wallahualam.

Jom dengarkan penjelasan al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre berkaitan hal tersebut dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us