Jemaah wanita yang hendak menunaikan ibadah umrah perlulah membawa mahram yang boleh dikira sebagai peneman mereka ketika melaksanakan ibadah umrah di tanah suci nanti.

Tetapi, baru-baru ini Kerajaan Arab Saudi telah pun mengeluarkan suatu peraturan baru berkaitan dengan keperluan membawa mahram bagi jemaah wanita yang hendak melaksanakan ibadah umrah.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan, bahawa mana-mana jemaah wanita yang berumur 46 tahun ke atas yang hendak menunaikan ibadah umrah di tanah suci adalah tidak diwajibkan untuk membawa mahram. Tetapi, bagi jemaah wanita yang berada dalam lingkungan umur 45 tahun ke bawah adalah diwajibkan untuk membawa mahram. Peraturan ini dibuat kerana melihatkan kepada besarnya dosa fitnah itu lebih banyak tertumpu pada lingkungan wanita-wanita muda berbanding wanita yang lebih berusia.

Namun begitu, jika sekiranya terdapat jemaah wanita yang nak sangat menunaikan umrah tetapi tiada mahram disebabkan memang tiada keluarga, yatim piatu atau lain-lain hal yang sangat sulit untuk dijelaskan, maka cadangan yang terbaik ialah rujuklah pada agensi umrah yang menguruskan hal umrah jemaah, InsyaAllah pihak agensi akan ada jalan penyelesaiannya. Wallahualam.

Jom, sama sama kita dengarkan penjelasan ringkas daripada Al-Ustadz Syed Abdul Kadir Al-Joofre dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us