Seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi yang kian pesat ini, segala bentuk pekerjaan sebolehnya hendak diaplikasikan dalam bentuk online dan digital. Zaman millennial katanya, kadang sampai seharian seseorang itu sanggup menghadap telefon pintar sahaja! Haa kalau pergi umrah nanti, jangan pula jadi macam ini! Nak nak lagi bila dah masuk bab ambil dan mengambil gambar sampaikan ada diantara jemaah semasa sedang tawaf pun sibuk untuk berselfie atau bervideo call, ish ish ish… boleh khusyuk ke ibadah umrah itu?

Penting bagi jemaah untuk ambil tahu dan cakna, bahawa pemergian jemaah ke tanah suci yang utamanya ialah untuk menunaikan ibadah umrah dan dalam pada masa yang sama untuk mempertingkat dan memperbanyakkan ibadah sunnah yang lain. Kalaulah semasa sedang melakukan tawaf pun jemaah boleh leka dengan sibuk mengambil gambar dan sebagainya, maka kemana larinya niat utama kedatangan jemaah di tanah suci itu?

Bukanlah jemaah tidak dibenarkan langsung untuk mengambil gambar semasa di tanah suci, lebih-lebih dihadapan Kaabah yang mana memang menjadi idaman setiap umat Islam untuk mengabadikan kenangan mereka semasa mengerjakan umrah, tetapi berpadalah dan perlulah kena pada masanya. Alangkah eloknya bagi jemaah untuk selesaikan yang wajib dahulu, seperti habiskan pusingan tawaf dahulu sesempurna mungkin dan jika telah selesai ibadah tersebut barulah jemaah berpeluang untuk mengambil gambar dan lain halnya yang jemaah inginkan. Bukankah itu lebih baik?

Pokok utamanya ketika mengerjakan ibadah ialah khusyuk. Khusyukkah ibadah jemaah sekiranya semasa melakukan ibadah diselingi pula dengan perkara duniawi yang lain? Tepuk dada, tanya iman. Wallahualam.

Jom dengarkan penjelasan ringkas daripada PU Amin pada video dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us