Tiba sahaja di tanah Arab, jemaah tak payah runsing memikirkan soal makanan sebab makanan dekat sana memang banyak pilihan dan rasa. Sebut sahaja nak Asian food? Arabian food? Western food? Semua adalah!

Perkara paling penting sekali untuk jemaah tahu bahawa hidangan makanan dekat tanah Arab memang besar-besar dan banyak. Contohnya seperti hidangan nasi Arab ataupun kalau ada duit lebih sikit boleh cuba Nasi Unta. Hidangan Nasi Unta di tanah Arab ini memang besar dan banyak! Makan seorang memang confirm tak akan habis. Haa masa inilah jemaah boleh share makan bersama dengan jemaah yang lain. Satu portion hidangan Nasi Unta atau Nasi Arab di Mekah, boleh dikongsikan seramai 2-3 jemaah untuk satu hidangan. Selain dapat menjimatkan duit, ianya juga dapat menjauhkan jemaah daripada sifat membazir, yelah portion nasi dahlah besar, rugilah kalau makan seorang tapi tak dapat habiskan! Kan lebih elok makan bersama-sama secara berjemaah, ukhuwah pun kian erat dan padu sesama jemaah umrah. InsyaAllah.

Jom kita layan video Zukie dibawah ini!

WhatsApp WhatsApp us