Dalam ihram ada pantang larang yang harus jemaah penuhi dan jika jemaah gagal untuk mematuhi segala pantang larang tersebut maka jemaah perlu membayar dam (denda). Namun begitu, kadang ada diantara jemaah yang mungkin terlupa bahawa dia masih dalam keadaan ihram dan tanpa dia sengaja, dia terbuat pantang larang yang dimaksudkan tersebut. Boleh ke macam tu?

Contohnya pada suatu keadaan, jemaah tanpa sengaja tercabut bulu yang ada pada badan ataupun rambut mereka maka jemaah perlu juga membayar dam. Di lain situasi, terdapat jemaah yang terlupa bahawasanya dia sedang berada dalam ihram dan dia memakai kopiah bagi yang lelaki, ataupun memakai pakaian yang menutup muka bagi wanita ataupun bagi jemaah lelaki yang terlupa bahawa dia masih memakai seluar dalam, maka pada situasi-situasi ini, sejurus selepas mereka ingat maka perlu bagi mereka untuk segera melepaskan atau menanggalkannya. Untuk situasi ini tidak perlu membayar dam. Akan tetapi, jika jemaah sengaja melambat-lambatkan untuk membukanya padahal beliau jelas masih dalam ihram maka jemaah perlu membayar dam.

Ingat, dalam ihram, jemaah perlu sentiasa peka dan cakna dengan segala pantang larang ihram. Hal ini bertujuan agar ibadah jemaah sah secara sempurna dan untuk mengelakkan jemaah daripada dikenakan bayaran denda. Wallahualam.

Masih ragu-ragu? Jom sama sama dengar penjelasan daripada Ustadz Syed Abdul Kadir al-Joofree di video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us