Bila dah datang umrah ini, pastilah tumpuan utama para jemaah ialah untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah, salah satunya ialah amalan membaca Al-Quranul Karim.

Telah menjadi pemandangan biasa di dalam Masjidil haram untuk melihat ratusan bahkan kadang mencecah ribuan manusia yang sedang khuyuk membaca dan mempelajari Al-Quran. Untuk itu, bagi jemaah yang pertama kali datang ke Baitullah nanti jangan sampai pelik bila melihat di setiap sudut tiap-tiap tiang masjid ada manusia yang sedang duduk bersimpuh belajar, membaca dan mentadabbur al-Quran.

Di Masjidil haram, kebiasaannya terdapat beberapa buah halaqah (lingkaran) besar yang mana dalam halaqah itulah biasanya jemaah akan berkumpul dan memperdengarkan bacaan Al-Quran mereka pada seorang imam ataupun tenaga pengajar yang terpilih disana. Dalam halaqah itu, mereka belajar mengaji seperti memperbetulkan bacaan Al-Quran dari segi tajwidnya dan membaca al-Quran secara tartil ataupun beramai-ramai dengan dibimbing imam ataupun ustaz yang terpilih.

Ditambah pula dengan perkembangan teknologi kini yang kian pesat, Al-Quran kini boleh diakses dimana sahaja dan bila bila masa sahaja secara digital dan online. Sistem pembelajaran Al-Quran pun telah menjadi kian mudah dan cepat dengan lahirnya aplikasi-aplikasi Al-Quran yang hadir dalam pelbagai pilihan, yang mana secara tidak langsung menjadikan sistem pembelajaran Al-Quran lebih smooth dan efisien. Jadi janganlah sampai ada isu yang tidak bawa Quran lah, Quran masjid habislah, sebab semua ini boleh diatasi dihujung jari sahaja, cukup dengan satu tap!

Ringkasnya, adalah amat merugilah sekiranya ada jemaah yang datang ke tanah suci tapi sangat sedikit amalan membaca Quran di dalam masjid. Sesungguhnya, segala ibadah Sunnah yang dilakukan di dalam Masjidil Haram akan dilipatkali gandakan oleh Allah dengan ganjaran yang sangat besar. Jadi janganlah jemaah sia-siakan peluang keemasan ini. Wallahualam.

Haaa teruja bukan? Jom kita layan video zukie di bawah ini!

 

 

WhatsApp WhatsApp us