Antara keperluan utama jemaah umrah ialah kain ihram, tapi sekiranya kain ihram yang akan dibawa tertinggal, apa langkah sepatutnya yang jemaah perlu lakukan?

Pertama sekali ialah jemaah tidak perlu risau dan gabra jika kain ihram tertinggal dan tak dapat dibawa bersama ke tanah suci, ingat setiap permasalahan ada penyelesaiannya!

Yang kedua, bagi jemaah yang memulakan perjalanan umrah dengan memasuki Madinah terlebih dahulu, maka cukuplah dengan membeli kain ihram yang baru di Madinah nanti. Biasanya, kain ihram banyak dijual di lokasi-lokasi tempat miqat.

Yang ketiganya, jika jemaah memulakan perjalanan umrah dengan memasuki kota Mekah terlebih dahulu maka sejurus selepas sampainya di tanah Mekah nanti, jemaah boleh cuba meminjam kain ihram pada kawan-kawan terdekat ataupun jemaah yang lain untuk dipakai buat sementara waktu.

Jika selepas melakukan usaha-usaha ini tapi tetap juga masih belum dapatkan kain ihram, maka nak buat macam mana lagi, bayar sahajalah dam.

Penting bagi jemaah untuk ingat, terutama sekali bagi jemaah yang akan memulakan perjalanan umrah dengan memasuki kota Mekah terlebih dahulu, maka disarankan bagi mereka untuk memakai pakaian ihram sejak daripada mereka berada di lapangan terbang lagi sebagai persediaan awal. Ini bertujuan agar tiada kejadian ketinggalan kain ihram berlaku dan sekiranya ada maka ianya dapat dikesan secara lebih awal. Wallahualam.

Jom kita dengarkan pencerahan daripada Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre pada video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us