Nak buat tawaf ini bukan mudah, nak nak lagi bila buat umrah semasa musim umrah seperti cuti sekolah, pehhh memang sesak dan ramai! Kadang ada diantara jemaah yang terpaksa bersesakkan sesama jemaah yang lain sehingga tanpa sedar ada juga yang terpisah daripada kumpulan asal mereka. Pada entri kali ini, kami akan berkongsi tips-tips berguna buat jemaah bagaimana cara nak menghadapi kesesakkan orang ramai ini terlebih semasa melakukan tawaf.

Tawaf ialah salah satu rukun wajib daripada rukun-rukun umrah. Ketika musim umrah tiba, memang ribuan manusia daripada pelbagai pelusuk dunia datang ke Mekah untuk melakukan umrah. Pastilah keadaan Mekah akan menjadi sangat sesak terlebih di hadapan Kaabah. Ada kalanya, semasa melakukan tawaf beramai ramai tapi dek kesesakkan manusia di sana, selang 2 meter pun dah boleh hilang dan berpecah daripada kumpulan asal. Hahh, apa nak buat?

Jika berlaku hal sebegini nanti, perkara utama sekali yang jemaah perlu lakukan ialah jangan panik dan segera selesaikan ibadah tawaf tersebut dengan kadar secepat yang boleh.

Tips yang seterusnya, adalah disarankan buat para jemaah untuk menetapkan satu tempat perjumpaan ataupun checkpoint sebelum melakukan ibadah tawaf ataupun saie. Ini adalah bertujuan untuk mempermudahkan perjalanan umrah jemaah sekalian jika sekiranya berlaku perkara seperti terpisah semasa tawaf ataupun saie, setidaknya jemaah tahu kemana hendak dituju kemudiannya.

Antara tempat perjumpaan yang mudah dan selamat ialah yang berdekatan dengan kawasan depan pintu Kaabah. Kawasan sana memang senang sikit untuk dicari oleh jemaah.

Jadi dah fahamkan apa tips nak digunakan jika terpisah dengan ahli kumpulan yang lain ketika di Mekah nanti? Masih ragu lagi ke? Jomlah tonton video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us