Antara persoalan yang popular di kalangan jemaah umrah ialah persoalan berkaitan solat jenazah dan solat jamak. Di Mekah, memang sudah menjadi kebiasaan sebaik sahaja selesai solat fadhu maka imam akan terus pimpin solat sunat jenazah. Disebabkan hal ini, maka kadang timbul persoalan pada jemaah umrah adakah solat jenazah boleh dilakukan sekali dengan jarak waktu dua solat fardhu yang dihimpunkan atau dijamakkan?

Sebagai contoh, ada diantara jemaah yang berniat melakukan solat jamak zohor dan asar dengan mengikuti imam terlebih awal pada waktu zuhur, kemudian didapati setelah selesai solat zuhur, imam terus menunaikan solat sunat jenazah, maka adakah boleh bagi jemaah berkenaan untuk ikut imam solat sunat jenazah dahulu kemudian setelah selesai baru sambung kembali solat jamak waktu asar yang berbaki. Adakah ianya sah?

Sesungguhnya, solat jenazah dan solat jamak ialah dua benda yang berbeza. Adalah penting bagi jemaah untuk faham bahawa solat jamak baik solat jamak biasa ataupun jamak qasar, ianya perlulah dilakukan secara muwalah (iaitu secara berturut-turut). Jadi, jika sekiranya terdapat suatu keadaan dimana jemaah sudah mengikuti imam pada waktu solat jamak yang pertama seperti solat zuhur, maka jemaah perlu bersegera selepas itu untuk terus menunaikan solat jamak waktu asar pula dan ianya tidak boleh diputuskan dengan solat sunat yang lain.

Jika selepas selesai secara sempurna solat jamak jemaah, maka seandainya selepas itu imam masih dalam keadaan menunaikan solat sunat jenazah, maka sangatlah digalakkan bagi jemaah untuk ikut serta dalam solat tersebut. Apa yang penting, sempurnakan dahulu solat jamak jemaah yang berbaki. Wallahualam.

Masih ragu-ragu lagi? Jom kita dengarkan penjelasan ringkas daripada PU Amin pada video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us