Entri kali ini masih berbicara tentang persoalan seputar solat jamak baik ianya jamak qasar ataupun jamak biasa.

Ada diantara jemaah yang bertanya apakah ada syarat-syarat tertentu bagi seseorang jemaah itu untuk bergelar sebagai pemukim agar dia dapat menunaikan solat jamak semasa dalam perjalanannya daripada Madinah ke Mekah ataupun sebaliknya.

Sebenarnya, bagi jemaah yang menunaikan umrah tiada istilah pemukim sebab jemaah memang sudah pun berada dalam permusafiran dan sudah dikira sebagai musafir yang mengerjakan ibadah umrah, maka tiada masalah bagi jemaah untuk menunaikan solat secara jamak pada bila-bila masa pun tanpa terikat dengan tempat dan waktu. Jemaah boleh buat solat jamak dalam perjalanan daripada Mekah – Madinah ataupun Madinah – Mekah.

Sesungguhnya, segala rukhsah ataupun keringanan yang dikurniakan oleh Allah bagi para musafir ini sangatlah banyak. Sebagai musafir kita perlu sentiasa bersyukur dan sedaya upaya memanfaatkan keringanan ini ke arah kebaikan. Alangkah ruginya jika jauh perjalanan yang dilakukan hanya bertujuan kosong tanpa diselitkan ingatan pada Tuhan. Semoga sekalian para jemaah umrah sentiasa ingat hakikat bersyukur kepada Allah S.W.T. atas segala bentuk rukhsah yang diberikan. Wallahualam.

Jom kita layan video PU Amin dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us