Ada dikalangan jemaah lelaki yang suka menyimpan rambut panjang sehingga ketika hendak menunaikan umrah pun masih dalam keadaan berambut panjang, sah ke umrahnye? boleh ke tidak?

Jawapannya, boleh sahaja tidak ada masalah dan ibadah umrahnya sah. Cumanya, jika rambut tersebut diikat semasa dalam ihram, pastikan ketika membuka ikatan tersebut rambut tidak ada yang gugur akibat daripada ikatan itu. Jika ada rambut yang gugur maka jemaah perlu membayar dam.

Tapi seeloknya, jika tidak ingin dikenakan dam maka yang terbaiknya bagi jemaah tersebut adalah perlu memendekkan rambut beliau sebelum pergi menunaikan umrah di tanah suci.

Adalah yang terbaiknya bagi jemaah berkenaan apabila tiba proses tahallul, maka botakkan sahaja keseluruhan rambut, pasti akan terlihat lebih macho.

Masih ragu-ragu lagi? Haaaa jom tonton video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us