Selain tasbih, sejadah dan jubah, kurma pun termasuk dalam salah satu list buah tangan yang wajib dibeli untuk dibawa pulang ke tanah air tau!

Bila sebut je pasal kurma semua orang pasti maklum mana lagi kurma terbaik dan tersedap kalau tak di Mekah dan Madinah. Kurma di tanah haramain sesungguhnya sangat fresh, sedap, dan yang paling bestnye jemaah disajikan dengan pelbagai pilihan kurma dengan pelbagai rasa dan harga yang berbeza. Harga kurma disana sekitar 50-100 riyal sekilo mengikut jenis kualiti kurma yang diinginkan.

Antara tempat paling syok untuk shopping kurma ialah di Madinah iaitu yang berdekatan dengan masjid Quba. Disana, terdapat banyak ladang-ladang kurma yang mana jemaah boleh lihat sendiri secara direct pokok-pokok kurma tersebut.

Di ladang-ladang kurma itu, terdapat pelbagai jenis kurma dengan pelbagai harga dan antara kurma yang terkenal dan terbaik semestinya kurma Ajwa ataupun dikenali sebagai kurma Nabi. Kenapa perlu beli kurma di bumi Madinah? Disamping harga kurma yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding di Mekah, tanah di Madinah juga merupakan antara tanah yang mendapat keberkatan doa Rasulullah terhadap buah-buahan yang ditanam di kota suci itu, Masya Allah.

Jom kita tonton karenah Zukie yang ralit membeli kurma pada video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us