Bila dah rancang nak pergi umrah ini, ianya bukan sekadar umrah sahaja bahkan lebih daripada itu. Pemergian jemaah yang hendak menunaikan umrah tak hanya tertumpu pada fokus beribadah sahaja, tetapi juga keseronokan serta keterujaan untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di dua kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah. Bak kata orang, alang-alang sambil menyelam minum air.

Kadang yang menjadi dilema bagi para jemaah ialah dari segi pemilihan pakej, sama ada memilih pakej umrah sahaja ataupun pakej umrah sambil ziarah. Pakej umrah sambil ziarah ialah pakej umrah yang menawarkan umrah dan ziarah ke negara-negara jiran yang terpilih. Dalam pakej ini, selain menziarahi kota Mekah dan Madinah, selepas menunaikan umrah, jemaah akan dibawa melawati negara-negara jiran yang berdekatan dengan Tanah Arab seperti Turki, Palestine dan lainnya. Pastinya dalam pakej ini, tempat-tempat bersejarah yang dilawati adalah lebih banyak berbanding pakej umrah sahaja.

Namun begitu, tak bermakna pakej umrah sahaja tiada lawatan pada tempat-tempat bersejarah. Antara tempat-tempat ziarah umum yang kebiasaannya sudah termasuk dalam harga pakej umrah sahaja ialah lawatan ke Masjid Quba, lawatan ke Makam Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat, lawatan ke ladang kurma, lawatan ke muzium bersejarah, lawatan ke Jabal Rahmah, lawatan ke Gua Hira’ dan lain-lain tempat bersejarah.

Ringkasnya, sama ada pakej umrah sahaja ataupun pakej umrah sambil ziarah, semuanya bergantung kepada kehendak setiap para jemaah. Kalau ada duit lebih sikit, tiada salahnya mengembara jauh menyusuri peradaban tamadun Islam dahulu kala. Selain bermusafir, jemaah juga dapat mempelajari banyak hal-hal baru sepanjang perjalanan. InsyaAllah.

Jom kita layan video Amira Othman dibawah ini bersama-sama!

 

WhatsApp WhatsApp us