Zaman sekarang ini, swafoto ataupun lebih dikenali ber-selfie dah menjadi suatu kelaziman bagi masyarakat millennial kini. Tak kisah lah sama ada sedang makan ke, bermain ke, belajar ke, bekerja ke, dimana-mana sahaja kita dapat lihat ada sahaja orang yang berswafoto dengan sakannya. Haa, tak terkecuali juga buat para jemaah yang menunaikan ibadah umrah di tanah suci sana. Rugi tak merakam momen-momen berharga di Haramain kata mereka.

Isunya kini, bukan tak boleh, boleh sahaja tapi ingat, sakan berswafoto jangan menjadi asbab jemaah terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar kemudiannya, eh kerugian apa pula ini? Ber-selfie je pun?

Kerugian yang dimaksudkan disini ialah kecurian barang-barang berharga. Eh dekat tanah Haram pun ada pencuri ke?

Pertama sekali jemaah kena tahu, hatta di tanah Haram pun ada penjenayah tau. Jadi adalah amat digalakkan bagi para jemaah untuk selalu alert dan peka dengan barang masing-masing terlebih barang-barang berharga seperti handbag, dompet, telefon bimbit dan lainnya.

Dalam keseronokan ber-selfie itu, pastikan jemaah tak tinggalkan barang-barang berharga begitu sahaja dek keasyikan ber-selfie sesame jemaah. Bukan apa, sedangkan di negera sendiri pun kita perlu sentiasa berjaga-jaga apatah lagi bila berada di negara orang. Seandainya barang-barang berharga seperti dompet, handbag yang hilang pastilah sangat mendatangkan masalah dan beban buat jemaah di kemudian hari.

Untuk itu, penting bagi para jemaah untuk sentiasa berwaspada dimana sahaja mereka berada. Jangan sangkakan ditanah Haram ini tiada manusia yang berniat jahat. Bak kata pepatah melayu, cegah sebelum terlambat!

Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang sentiasa berada dibawah lindungan dan jagaan Allah S.W.T. Amin.

Jom sama-sama kita ikuti video penerangan daripada Bro Zukie di bawah ini.

 

 

WhatsApp WhatsApp us