Ada diantara jemaah umrah yang tertanya-tanya bilakah niat umrah dilaksanakan dan apa yang terjadi jika sekiranya ada diantara jemaah yang terlupa untuk berniat umrah? Dan adakah niat perlu dilafazkan ataupun sekadar niat di dalam hati? Ada beberapa perkara berkaitan niat umrah yang para jemaah perlu tahu.

Yang pertamanya, niat umrah adalah antara perkara yang perlu jemaah lakukan. Jika sekiranya ada di antara jemaah yang terlupa atau yang tidak berniat umrah maka tidak sempurnalah ibadah umrah jemaah tersebut dan jemaah tersebut perlu membayar dam yang berkaitan.

Keduanya, niat umrah perlulah dilakukan ataupun diniatkan di kawasan tanah halal, iaitu kawasan selain daripada tanah haram dan perlu dilakukan sebelum jemaah masuk menjejakkan kaki ke tanah haram.

Dan yang ketiganya, niat umrah boleh dilakukan dalam dua cara iaitu sama ada secara dilafazkan sehingga didengari oleh jemaah yang lain ataupun secara sembunyi-sembunyi (sir) yang mana hanya jemaah tersebut sahaja yang dengar ungkapan lafaz yang dilafazkannya. Keduanya boleh dilakukan dan diterima pakai dalam ibadah umrah.

Masih ragu-ragu lagi? tontonlah video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us