Sudah menjadi fenomena pada jemaah arab yang bila nak mendirikan solat sunat, mereka akan berdiri solat di depan tiang-tiang atau dinding-dinding masjid ataupun ada juga yang meletakkan kerusi dihadapan mereka sebelum mereka melaksanakan solat sunat tersebut. Persoalannya, adakah ianya dibolehkan dan adakah ianya termasuk kepada salah satu perkara yang diajar oleh Nabi S.A.W.?

Jawapannya, memang benar dan itulah sewajarnya yang perlu dilakukan oleh jemaah tersebut. Antara perkara utama yang perlu diperhatikan sebelum melaksnakan solat ialah memastikan bahagian hadapan tempat solat kita bukanlah laluan awam bagi orang ramai untuk lalu lalang dihadapannya. Hal ini, agar solat yang akan didirikan dapat dilakukan dalam keadaan sempurna tanpa sedikit pun mengurangkan rasa khusyu’ dalam solat. Disamping itu, agar solat itu tidak menjadi fitnah keatas diri kita sendiri.

Nabi Muhammad S.A.W. dalam satu hadith, ada mengajarkan tentang al-sitr, iaitu pendinding yang bermakna ketika hendak mendirikan solat dalam keadaan kawasan tersebut yang ramai orang, maka hendaklah ada pembatas ataupun pendinding seperti kerusi ataupun seuutas tali yang bertujuan untuk memaklumkan pada orang ramai bahawa kita sedang solat agar tiada orang yang lalu lalang dihadapan kita nanti.

Sebab itu apabila di Mekah, kita selalu melihat orang arab bila solat, terutamanya solat sunat pasti mereka akan solat di depan dinding, tiang-tiang masjid dan lainnya yang tak lain dan tak bukan bertujuan hanyalah untuk solat dengan penuh khusyu’ dan sempurna tanpa mata dan fikiran terganggu dek keadaaan kawasan sekeliling yang sibuk. Hal sebegini diperbolehkan dan tidak bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Nabi. Wallahualam.

Masih ragu-ragu? Jom kita tonton dan layan penjelasan daripada PU Amin pada video bawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us