Al-Quran ialah Kalamullah yang diturunkan oleh Allah SWT melalui perantara malaikat Jibril kepada Rasul pilihanNya Baginda Nabi Muhammad SAW.

Terdapat banyak keutamaan dan kelebihan bagi orang yang selalu membaca Al-Quran. Selain mendapatkan ganjaran pahala yang besar, Allah juga akan mengangkat derajat orang-orang yang selalu membaca dan mentadabbur ayat-ayat Al-Quran pada tempat yang tinggi disisi-Nya.

Allah SWT telah menjanjikan pahala yang besar bagi mereka yang selalu membaca Al-Quran, sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW, yang mafhumnya; “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Selain itu, di riwayat yang lain pula, Nabi bersabda; “sebaik-baik daripada kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkannya”.

Melalui dua hadist ini sahaja dapat kita simpulkan betapa besarnya derajat orang yang belajar dan mengajar al-Quran di sisi Allah Subhanahu Wa Taala.

Namun realitinya kini, zaman sudah tak seperti dahulu lagi. Kini, masyarakat lebih tertumpu pada penggunaan gajet masing-masing. Bahkan ada yang sukarela memandang handphone di tangan berejam lamanya berbanding meluangkan masa untuk membaca al-Quran barang sejam dua.

Untuk itu, apakata bermula hari ini, jika sebelumnya kita tergolong diantara mereka yang banyak leka dan mengabaikan al-Quran, maka untuk hari ini dan seterusnya kita cuba luangkan masa membaca dan belajar al-Quran. Bukan lama mana pun. Dalam sehari cukuplah sejam dua jam pun dah cukup, asalkan ianya konsisten sebagaimana konsistennya kita memandang dan bermain gajet tanpa disuruh. Banyak tau ganjaran membaca al-Quran ini, rugi kalua tak buat. Sebab amalan membaca al-Quran inilah yang dapat menolong kita di akhirat kelak, bukannya gajet-gajet yang kita hadap dua puluh empat jam ini! Wallahualam.

 

WhatsApp WhatsApp us