Mina merupakan salah satu tempat singgahan wajib oleh jemaah Haji setiap tahun. Mina merupakan tempat bermalam atau persinggahan jemaah haji sebelum keesokan harinya para jemaah haji akan bergerak untuk melontar jamrah. Tidak hairanlah apabila tiba sahaja di Mina, kita akan melihat ribuan khemah-khemah yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi jemaah haji sebagai tempat berehat dan bermalam.

Disamping itu, di Mina juga kita akan melihat suatu Kawasan yang mana suatu ketika dahulu Nabi Ibrahim a.s. telah diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak Baginda iaitu Nabi Ismail a.s. namun begitu arahan tersebut akhirnya ditukar kepada menyembelih seekor kibas.

Di Mina juga, kita akan melihat adanya 3 buah jamrah yang dikenali sebagai jamrah Sughra, jamrah Wustho dan jamrah Aqabah. Jamrah ialah suatu tempat dimana para jemaah Haji akan datang berbondong-bondong untuk melontar batu sebagai simbol melontar kepada syaitan, jin dan iblis dan dalam pada masa yang sama membawa maksud melontar dan membuang segala sifat-sifat syaitan yang berada dalam diri.

Begitulah perjalanan untuk mendapatkan Haji yang Mabrur tidaklah mudah. Sesungguhnya ibadah Haji ialah ibadah yang sangat mengharapkan kekuatan mental dan fizikal sepenuhnya. Untuk itu bagi jemaah Haji, persiapkanlah diri dengan sebaiknya. Apabila telah sampai waktu mabit di Mina dan Mudzalifah maka gunakanlah masa yang ada untuk berehat dengan secukupnya kerana keesokan harinya jemaah perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk persediaan melontar jamrah dengan jarak 7 kilometer jauhnya. Wallahulam.

Jom kita dengarkan penjelasan ringkas daripada Ustadz Syed Abdul Kadir al-Joofree pada video dibawah ini!

 

WhatsApp WhatsApp us