Perkataan Ihram ini biasa kita dengar daripada mulut para jemaah Haji mahupun Umrah. Tapi, apa sebenarnya maksud Ihram ini?

Secara asasnya, Ihram bermaksud mengharamkan. Memulakan Ihram atau masuk ke dalam zon Ihram ia ertinya masuk ke dalam suatu kawasan ataupun situasi sempadan yang mengharamkan diri terhadap perkara-perkara tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak sepanjang tempoh nusuk (pekerjaan Haji/Umrah).

secara ringkasnya, ia membawa makna apabila seseorang itu telah mula berniat ihram haji atau umrah, maka dia telah masuk ke dalam sempadan mengharamkan diri daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari saat mula ia berniat sehinggalah ia bertahallul.

Berniat Ihram bemaksud seseorang itu telah meletakkan tekad di dalam hati untuk masuk melakukan pelaksanaan ibadah haji atau umrah dengan segala syarat dan rukunnya dan meninggalkan segala larangannya.

Niat adalah rukun haji dan juga umrah. Waktu berniat adalah sebaik-baik sahaja memakai pakaian ihram dengan sempurna. Niat di dalam hati sebelum melepasi miqat makani berdasarkan dari arah mana seseorang itu masuk ke Makkah bagi melaksanakan haji atau umrah. Wallahualam.

WhatsApp WhatsApp us