Buat jemaah yang akan menunaikan ibadah haji mahupun umrah pasti akan selalu mendengar perkataan Miqat ini. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan Miqat dan kaitannya dengan ibadah haji mahupun umrah?

Miqat asasnya ialah suatu ketetapan masa dan tempat memulakan komitmen manasik. Ia ditentukan oleh Allah SWT, sepertimana di dalam firman-Nya yang mafhumnya;

“masa untuk mengerjakan ibadah haji itu ialah beberapa bulan yang dimaklumi…” (al-Baqarah 2: 197)

Dan pada ayat yang lain, Allah SWT turut berfirman, yang mafhumnya;

“Allah menjadikan Kaabah sebagai rumah yang mulia itu sebagai pusat tumpuan manusia (untuk menjalankan urusan ibadah dan urusan hidup) …” (al-Mai’dah 5: 97).

Miqat adalah sempadan atau batas. Ia merupakan penentu tanda aras atau penanda aras yang menyentuh persoalan masa dan lokasi bermulanya ibadah manasik umrah dan haji. Sangat penting mengetahui tentang Miqat kerana ia berkait dengan masa dan tempat hendak memulakan niat haji dan umrah.

Di samping itu, bagi jemaah yang telah sampai di tempat Miqat, adalah disunnahkan untuk mempersiapkan diri dengan amalan sunat seperti membersihkan tubuh badan dengan memendekkan rerambut dan kuku serta mandi sunat.

Kemudian mengenakan pakaian yang menutup aurat bagi jemaah wanita dan berpakaian ihram bagi jemaah lelaki. Meminyakkan rambut ataupun janggut, manakala berwangian pada kadarnya bagi jemaah wanita. Ketika di Miqat Bir Ali (jika daripada Madinah), jemaah umrah atau haji akan berniat ihram dan seterusnya memperbanyakkan lafaz talbiah. Wallahualam.

WhatsApp WhatsApp us